Friday, January 4, 2013

assalamualaikum...dah 2013 rupanya

\\ tarikh : 4 januari 2013 | 21 safar 1434h
\\ kali terakhir blog dikemaskini : 21 disember 2011
\\ tempoh bertenang : 1 tahun 14 hari
------------------------------------------------------------------------------------------------------
assalamualaikum
alhamdulillah...harini ada sedikit kekuatan untuk update blog
macam2 yang dah berlaku dalam tahun 2012...
kalau 2011 boleh berbangga dengan 3 series (konon2 BMW la...hahaha)....2012 plak dah jadi 3.1 series

apa-apa pun...sama2 kita berdoa agar iman kita juga bertambah sejajar dengan umur yang semakin meningkat...amiin

ps:
JOM pi kota kuala muda hujung minggu ni

Wednesday, December 21, 2011

info : logo baru KPT

mungkin ramai yang tak perasan...(atau pakku sendiri yang lambat perasan...)
logo Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah berubah wajah...

LOGO LAMA:

LOGO TERBAHARU:












LOGO PALING BARU (2013):











sila layari website mohe untuk mendapatkan LOGO YANG ASLI...
http://www.mohe.gov.my/portal/bahan-rujukan/497-logo-baru-kpt.html

ps:
semester baru...tahun baru...skim baru...pengurusan pun baru...semua orang berwajah baru!!!
tapi PAKKU di sini tetap sama...huhuhu

Thursday, November 17, 2011

al-fatihah

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali...

Thursday, October 27, 2011

tazkirah JUMAAT | Mencari Kesempurnaan Makhluk



“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”.

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk TERBAIK yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Wednesday, September 14, 2011

what is GIMP?

Dunia grafik adalah dunia yang sentiasa berubah atau DYNAMIC
tidak ada sesiapa pun yang berhak menyatakan bidang ini mesti mengikut peraturan yang khusus
buktinya...lukisan Monalisa tetap disanjung walaupun zamannya dah terlalu jauh ditinggalkan

Thursday, August 25, 2011

salam AIDILFITRI

SALAM AIDIFITRI untuk semua pengunjung


Thursday, August 18, 2011

tazkirah RAMADHAN | Mana MAK?


AWAS!
NUKILAN INI AGAK PANJANG...BACA KALAU ANDA BETUL-BETUL FREE


Jam 6.30 petang. 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

twitter

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Live Traffic Feed

widgets

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP