Monday, November 1, 2010

PB vs PA | FINAL exam



allahuakbar...allahuakbar...lailahaillahu al malikulquddus...(ringtone dari lagu Sami Yusof)
pelajar: hello, assalamualaikum encik
pendidik: waalaikumsalam warahmatullah..
pelajar: encik...pasai pa PB saya terok sangat? ujian 1 dan ujian 2 saya LULUS encik...
pendidik: ..abih tu, PB pakai markah ujian 1 dan ujian 2 saja ka?
pelajar: kawan saya ujian 1 dia FAIL...tp PB dia tinggi dari saya.
pendidik: berapa kawan awak dapat?
pelajar: dia dapat 80 tapi saya 76 ja encik
pendidik: awak tau tak..markah ujian tu hanya 30% daripada markah PB dan hanya 15% daripada keseluruhan markah yang diambil kira untuk subjek awak? tau tak?
pelajar:  tak tau encik
pendidik: ...dah...dah lebih baik awak pi studi. markah PB rendah sikit pun nak komplen. yang tugasan tak mau nak hantaq...tak dak nak komplen pulak...assalamualaikum.

Friday, October 22, 2010

zikri | ONE year++


 26ogos2010 | Hospital Likas, SABAH

Thursday, October 21, 2010

tazkirah JUMAAT | DOA harian


Amalan berdoa adalah sangat dituntut di dalam Islam. Ia adalah senjata bagi orang mukmin.
Sama-samalah kita mengamalkan doa ini...

Wednesday, October 20, 2010

tonight | KEDAH vs KELANTAN

Tuesday, October 19, 2010

20.10 | darulAMAN stadium

Wednesday, October 13, 2010

tips PHOTOSHOP | DUALview image editing


kadang-kadang, semasa kita membuat "touch-up" gambar dalam photoshop, kita menghadapi kesukaran untuk zoom-in dan zoom-out pada satu-satu bahagian dalam gambar yang sedang disunting. Masalah ini menjadi semakin ketara semasa kita membuat suntingan yang MELAMPAU...(MELAMPAU dalam erti kata suntingan yang dilakukan adalah pada bahagian-bahagian kecil dan begitu ketara perbezaannya di antara sebelum dan selepas suntingan). Contohnya menghilangkan parut pada muka atau menukarkan warna anak mata dari hitam ke hijau dan sebagainya.

Monday, October 11, 2010

esis | Web-Based Staff Information System

assalamualaikum untuk semua
dah lama rasanya pakku tak update blog dengan TUTORIAL/TIPS grafik...(dah try update sebenarnya...tp semuanya masih dalam DRAFT...huhuu)
minggu lepas pakku berkesempatan berkursus di POLITEKNIK KOTA KINABALU...tempat tumpah darah anak-anak pakku. banyak kenangan yg tak dapat dilupakan di PKK. terima kasih tak terhingga buat sahabat-sahabat di sana...kami dilayan bagai VVIP...tiap2 malam kami di sana,ada saja jemputan yang diterima...nazri&isma...su&mashadi...siddiq&farah...
"terima kasih daun kari, lain kali JEMPUT lah lagi..." hahaha

cumanya, awal pagi tadi pakku mendapat berita yang menyedihkan sahabat di perantauan...
lepas habis kelas math, pakku macam biasa akan update kan maklumat yang telah seminggu tertinggal.bermula dengan OUTLOOK...dan seterusnya esis.
lepas membuka mukadepan esis...ini yang pakku terpandang

terbayanglah wajah2 sahabat-sahabat di PKK...inilah jawapan yang sekian lama ditunggu
"...PERMOHONAN SEBELUM INI ADALAH TERBATAL..."
tiada kata yang dapat pakku gambarkan...banyakkan BERDOA...BERSABAR.
dan jangan lupa...LOGIN ke esis dan apply sekali lagi
...sesungguhnya, ALLAH bersama-sama orang yang sabar

Tuesday, September 28, 2010

my BIG family | aidilfitri 2010

entry ni khas pakku masukkan sebagai kenangan bergambaq ramai-ramai di kampung
kali terakhir kami dapat berkumpul dan bergambaq bersama-sama adalah pada 2004
...tahun 2010 semuanya berganda menjadi 2...hehehe

ada seorang lagi yang tertinggal dalam gambaq ni...maklong ilah (kerja maa...)

Thursday, August 26, 2010

SIAP sudah | annualREPORT2009 psp

Alhamdulillah...setelah sekian lama team annual Report PSP bertungkus lumus menyiapkan laporan tahunan PSP, akhirnya tanggal 23 Ogos semuanya siap dicetak....dan inilah hasilnya


"Salam Nuzul Quran"

ps:
nak balik kampung kat kedah minggu ni

Wednesday, August 11, 2010

salam RAMADHAN


Alhamdulillah...Ramadhan menjelma lagi. Baru saja rasanya kita berpuasa dan kini kita sekali lagi diizinkan Allah untuk mengaut segala kelebihan di bulan ini. Moga-moga kita diberi kekuatan oleh Allah SWT. amiin
Ramadhan Karim!

Monday, August 9, 2010

4 REASONS Every Windows User Should Have An Ubuntu LIVE CD


[source: http://www.makeuseof.com]
Think Ubuntu  is useless? Think again. Ubuntu can be an extremely effective tool for repairing and working on computers, even if you consider yourself a Windows purist. This is because Ubuntu is capable of loading completely from a Ubuntu Live CD, giving you access to your computer in ways Windows can’t – or when Windows is completely broken.

For this reason, I suggest every Windows user keeps a copy of Ubuntu on hand, even if they never intend to switch from Windows. Happily, Ubuntu is completely free to aquire. You can download Ubuntu and burn it yourself, but if that sounds like too much work you can request Ubuntu send you a Ubuntu Live CD for free.

Friday, August 6, 2010

tazkirah jumaat | 25 Syaaban 1431H


Pagi Jumaat...

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu
dan menyebarkan risalah bertajuk "Jalan-jalan Syurga" dan beberapa karya
Islamik yang lain.

Friday, July 16, 2010

tazkirah JUMAAT | hidupkan budaya MEMBACA


Roh budaya iqra makin hilang dalam diri generasi muda Islam
Oleh Mohd Rizal Azman Rifin |2010/07/13
UMAT Islam kian ketinggalan dalam serba-serbi khususnya aspek ilmu pengetahuan sedangkan umat Islam dulu yang menjadi pelopor dan peneroka menggali pelbagai ilmu sehingga mencetuskan era keemasan dunia Islam.

Thursday, July 15, 2010

bila dah BOSAN!

1.Mola2...cari lalat, tibai bagi mampoih, tapi jangan sampai terpenyet...
2.Ambik ketaih, susun lalat2 yang mampoih tadi ikut kesukaan...
3.Lukih apa patut menggunakan imaginasi/kepala otak bergeliga tu…
4.Hasilnya...tadaaaaa...mcm kat bawah ni...kalau nak meriah lagi...boh lam frame...
5.Bleh gak guna menatang lain…contohnya lipaih, lipan, katak, belalang, kutu, riang2...nak besaq lagi..bleh guna kera, labi-labi, kambin biri2 ka...hehehe

SELAMAT MENCUBA...hehehe(",)

Friday, July 2, 2010

Tazkirah JUMAAT | Besarkah Nilai Pengorbanan ISTERI?

Besar atau kecilnya nilai sesuatu itu selalunya akan terasa bila ia hilang atau sudah tiada...

Wednesday, June 30, 2010

aktiviti pakku di SANA sini

inilah antara aktiviti pakku sekeluarga masa budak2 poli cuti tempoh hari.
bermula dengan pi makan kenduri kahwin saudara mara...sampailah kepada membawa anak beranak pi Aquaria KLCC...(drive sendiri tu...dengan bantuan GPS)

aleya yang tersangat teruja dengan feri pulau pinang
sekitar majlis APC di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya(PICC)

berjumpa kawan-kawan lama staf Poli KK

kawan2 lama yang pakku takkan lupa bermula dari kanan:siddiq, matnoq dan pakku
bila habih ja majlis APC, apalagi kalau tak ambik peluang pusing-pusing putrajaya...(bukan senang nak sampai Putrajaya kalau xdak kerja)

Masjid Sultan Mizan aka Masjid Besi
antara masjid tercantik di Malaysia dan mungkin di dunia kot...subhanallah

penangkap cahaya yang kekurangan cahaya...(kalau guna DSLR cantik banyak kot...hehehe)

sebelum balik...pusing-pusing la kat Taman KLCC
dan akibat terlalu letih berjalan...kak aleya dan adik zikri tertidoq keletihan...kesian anak2 walid

Monday, June 21, 2010

selamat HARI SENAYAN (isnin)



hari ni 21 JUN pakku kembali bertugas. macam2 yang berlaku minggu lepas...budak Poli cuti kami sekeluarga pun tumpang sekali la...hahaha CUTI-CUTI MALAYSIA la.
pejabat kami pun dah diubahsuai...banyak yang diubah
ps:
next entry baru pakku cerita dengan detail apa yang berlaku

Wednesday, June 9, 2010

tutorial PHOTOSHOP 04

Menghasilkan imej VINTAGE 
ada pelbagai kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan imej ala-ala gaya vintage (lomography technique)
kali ini pakku nak tunjukkan salah satu kaedah yang boleh digunakan untuk menghasilkan gaya vintage pada imej.

mewujudkan kembali READ MORE dalam Blog

Creating 'After the jump' summaries

(source: http://www.google.com/support/blogger/bin/answer.py?answer=154172)
After the Jump is a feature which lets you create expandable post summaries in your blog posts, so longer posts appear as an intro with a link to Read More

Tuesday, June 8, 2010

welcome BACK


setelah lama disibukkan dengan kerja yang tak habis-habis,harini pakku kembali dengan wajah baru...insya Allah template ni akan lebih banyak memudahkan grafik2 dimasukkan
amiin...

Friday, June 4, 2010

tranformasi

renovate

Tuesday, May 18, 2010

politeknik BILA lagi?

Had murid antara 40 cadangan atasi beban guru

"berdasarkan kajian ilmiah yang pernah dilaksanakan dengan mengambil kira model sekolah di negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada dan Australia yang menunjukkan 25 pelajar bagi setiap kelas adalah jumlah yang ideal untuk membolehkan guru memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran secara berkesan."
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/25setiapkelas/Article/

Friday, May 14, 2010

SELAMAT HARI GURU


BERBURU KE PADANG DATAR,
MENDAPAT RUSA BERBELANG DI KAKI;
BERGURU KEPALANG AJAR,
BAGAI BUNGA KEMBANG TAK JADI.

Friday, April 30, 2010

tazkirah JUMAAT | 15 JamadilAwal


petikan dari Anis | MAC2010

Monday, April 26, 2010

penangan alam SIBER

anda kenal rizalhashim? kalau anda peminat sukan di malaysia...nama rizal hashim ni xpayah nak diperkenalkan lagi.tp,pakku bukan nak cerita tentang beliau ni.
kalau nak tau lebih lanjut bukak la blog rizalhashim (http://rizalhashim.blogspot.com)
baru-baru ni pakku ada buat satu entry pasai offside or NOT 
http://ceriterapakku.blogspot.com/2010/04/offside-or-not.html
sungguh tak ku sangka, gambaq yg pakku hasilkan dalam entry ni telah
digunakan oleh rizalhashim dalam blog dia dalam tajuk kasihan-pengadil


ps:
itu la penangan alam siber...apa sahaja yang kita kongsikan(baik atau buruk) sekelip mata sahaja boleh tersebar

borang tuntutan ELAUN PERPINDAHAN

sat ja rasanya dah dekat 3bulan pakku sekeluarga pindah ke semenanjung.
kelmarin kami sempat pi melawat rakan se JKE d PKK dahulu balik berpantang d Sg Petani.
lama rasanya tak berjumpak kawan2...huhuhu
din,nazri,siddiq,gjul,azrin,suriya,farah...(sekadar beberapa nama)...hangpa bila lagi nak pindah?
ps:
kalau sapa2 nak pakai borang tuntutan elaun perpindahan boleh disedut di sini hehe..

Thursday, April 22, 2010

tutorial PHOTOSHOP 03

membuat FAKE miniature

menghasilkan gambar miniature dengan menggunakan Tilt-Shift Lens adalah suatu yg sangat menyeronokkan bagi penangkap cahaya.
airport

Wednesday, April 21, 2010

saya MENANG motor!

alhamdulillah...semalam Pakku dapat cek hadiah Pertandingan Pantun Ceria

Sebenaqnya dah lama dok tunggu hadiah ni...ada khabar2 angin kata tipu ja semua tu...

Thursday, April 15, 2010

offside or NOT?

mari bersama-sama kita saksikan adakah jaringan Faizal Abu Bakar ni offside?
Pengadil Final Piala FA kata offside
tp...mungkin Kedah xdak rezeki kot...hampeh punya Ref
bola offside

Wednesday, April 14, 2010

zikri : 7 BULAN suda

ni wajah terbaru anak bongsu pakku...zikri
satja dah nak masuk 8bulan

rambut pun dah boleh bergaya ala-ala "masih terpacak"
blog april_zikri

memahami CONTRAST

The Brads – Learning About Contrast in Design

Brad Colbow on Jul 9th 2009
(http://vector.tutsplus.com/tutorials/comics/the-brads-learning-about-contrast-in-design/) 

Tuesday, April 13, 2010

12 APRIL 2010 | creative SUITE 5 (CS5)

kali ni pakku buat entry pasai produk terbaru dari Adobe
semalam, 12 April 2010 adalah hari pelancaran Adobe Creative Suite 5 (CS5).
apa benda CS5 ni? kalau anda biasa dengan Adobe...rasanya takdak la nak terkejut sangat.
tapi...bagi yg tak biasa, ini la versi terbaru pakej perisian suntingan (multimedia editing) yang dikeluarkan
Adobe yang bermula dengan CS, CS2, CS3 dan CS4. dan semalam telah dilancarkan yang lagi baru iaitu CS5.tapi bagi yang otai2 dan kipas susah mati Adobe (die hard fan...:)) depa ni dah mula guna sejak takdak CS lagi.pakku nak cerita panjang pun, rasanya pakku bukanlah orang yang layak...al-maklum lah, kita ni belajaq bidang lain...tp,minat punya pasai...segalanya tak jadi masalah.

Friday, April 9, 2010

tazkirah JUMAAT | 24 RabiulAkhir

haaa...buat macam tu la nazri  
Tanggungjawab Seorang Guru
Menurut Imam Al-Ghazali r.a terdapat beberapa tanggungjawab atau kewajipan yang perlu dipenuhi oleh seorang guru.

Thursday, April 8, 2010

piala FA : N9 vs KEDAH

entry kali ini khas untuk Perlawanan Akhir TM PIALA FA.
Pertemuan antara negeri Pakku, KEDAH bertemu Negori 9.

lagu: BIAR JASA JADI KENANGAN
Yakinkanlah diri sendiri..
Berjuanglah sejiwa murni...
Tekun berani sesungguh hati ...
Demi sukan mengharum negeri...
Biar jasa jadi kenangan...
Hijau kuning lambang kemegahan...
Jelapang padi tempat sanjungan ...
Negeri Kedah Darul Aman
Kedah…Kedah pantang kalah
Walau sakit jatuh dah rebah...
Bangun lantas semula gagah ...
Bujur lalu melintang patah...
Hijau Kuning tanahku..
Darul Aman negeriku..
Hijau Kuning darahku ...
Negeri Kedah negeriku ...
Negeri Kedah negeriku

dan ini wallpaper untuk peminat setia HijauKuning

ps:
layarilah http://www.hijaukuning.com untuk bertemu peminat hijaukuning

Thursday, April 1, 2010

tutorial PHOTOSHOP 02

membuat fake PHOTO MONTAGE


harini pakku nak tunjukkan cara utk buat kesan seperti “photo montage”.
Hasilnya macam gambar di bawah:
Sebelum

Selepas:

Thursday, March 11, 2010

kelas aplikasi KOMPUTER

harini DUA kelas pakku kena ajaq Microsoft POWERPOINT...hehehe
pakku rasa harini la hari yg pakku paling GUMBIRA...ajaq benda yg Alhamdulillah dah ada dalam kepala
kat bawah ni dua contoh slaid yg sempat pakku hasilkan masa dok ajaq subjek aplikasi komputer

Monday, March 8, 2010

photo MANIPULATION...(basic lens flare)

salam untuk semua pengunjung
entry pakku kali ni khas untuk sahabat pakku...siddiq
http://ashady.blogspot.com/2010/03/photo-manipulation.html
apa yg pakku nak kongsikan adalah kesan Lens Flare
sebelum:

 
selepas:

Friday, March 5, 2010

tazkirah JUMAAT

"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu 
dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu 
berjalan di muka bumi dengan angkuh. 
Sesungguhnya Allah tidak menyukai 
orang-orang yang sombong lagi 
membanggakan diri"
surah Luqman | ayat 18
zikri01

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?"

surah ar-Rahman
 arrahman

-[ pakku ]-. Get yours at bighugelabs.com

catatan blog

twitter

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Live Traffic Feed

widgets

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP