Wednesday, December 21, 2011

info : logo baru KPT

mungkin ramai yang tak perasan...(atau pakku sendiri yang lambat perasan...)
logo Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sudah berubah wajah...

LOGO LAMA:

LOGO TERBAHARU:












LOGO PALING BARU (2013):











sila layari website mohe untuk mendapatkan LOGO YANG ASLI...
http://www.mohe.gov.my/portal/bahan-rujukan/497-logo-baru-kpt.html

ps:
semester baru...tahun baru...skim baru...pengurusan pun baru...semua orang berwajah baru!!!
tapi PAKKU di sini tetap sama...huhuhu

Thursday, November 17, 2011

al-fatihah

Dari Allah kita datang dan kepada-Nya kita kembali...

Thursday, October 27, 2011

tazkirah JUMAAT | Mencari Kesempurnaan Makhluk



“Jika kau berusaha mencari kesempurnaan yang ada pada makhluk, pasti semakin banyak kekurangannya yang akan kau temui”.

Tidak ada manusia yang sempurna. Kesempurnaan hanyalah milik Allah. Kekurangan adalah sifat makhluk. Kitalah makhluk. Maka kita perlu menerima bahawa kita banyak kekurangan. Tak mampu kita menjadi sempurna untuk orang lain dan kita juga tak boleh mengharap kesempurnaan orang lain. Jika kita merasakan bahwa kita sudah sempurna, selamanya kita takkan pernah memperbaiki kekurangan sendiri atau menerima kekurangan orang lain. Rasulullah adalah makhluk TERBAIK yang Allah ciptakan. Namun, baginda sendiri tidak pernah merendahkan orang lain dan takabbur dengan kehebatan yang dianugerahkan Allah.

Wednesday, September 14, 2011

what is GIMP?

Dunia grafik adalah dunia yang sentiasa berubah atau DYNAMIC
tidak ada sesiapa pun yang berhak menyatakan bidang ini mesti mengikut peraturan yang khusus
buktinya...lukisan Monalisa tetap disanjung walaupun zamannya dah terlalu jauh ditinggalkan

Thursday, August 25, 2011

salam AIDILFITRI

SALAM AIDIFITRI untuk semua pengunjung


Thursday, August 18, 2011

tazkirah RAMADHAN | Mana MAK?


AWAS!
NUKILAN INI AGAK PANJANG...BACA KALAU ANDA BETUL-BETUL FREE


Jam 6.30 petang. 
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.
Ayah baru balik dari sawah.

Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”
Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Thursday, July 21, 2011

why so SERIOUS?


semester baru budak-budak poli ni dah hampir dua minggu berjalan
seperti tahun2 yg sudah...masa ni jugak lah para pensyarah akan didatangi dengan kursus2...siapkan dokumen ini lah...dokumen itu lah...kena buat program pelajar lah...meeting di sana sini...PELIK KAN?...
bagi pakku...memang itu lah sistem yang telah lama kita kena ikut...
bagi empunya diri yang merasakan layak naik DH44...masa ni jugak lah kena siapkan FOLIO dan segala macam...memang memenatkan!

kadang-kadang dalam hidup ni...kita tak perlu lah terlalu SERIOUS...sampai menyusahkan orang lain
SERIOUS dalam kerja memang dialu-alukan....TETAPI kalau dah sampai menidakkan kemampuan orang dibawah jagaan kita...APA PASAI NI? teruk sangat ka...atau memang dah KAYU sangat ka sipolan tu?

why so SERIOUS?

ingat...rezeki itu datangnya dari ALLAH...
wujudnya DOKTOR bukan kerana KEPAKARANNYA...TETAPI...
wujudnya DOKTOR adalah disebabkan oleh adanya PESAKIT!!!....
faham ka?...tak apalah...buat2 la paham...(",)

Tuesday, June 14, 2011

Bicarawara bersama Aa Gym @ PSP

Penceramah
Aa Gym (Kyai Haji Abdullah Gymnastiar)
- Penceramah Bicarawara Astro Oasis)

Tarikh
17 Jun 2011 (Jumaat)

Aktiviti  
Khutbah Jumaat (Khatib Aa Gym)
Pusat Islam, PSP, Pulau Pinang
             
Tajuk Ceramah
Integriti Dalam Pekerjaan
Dewan Seri Mutiara
3.00 ptg - 5.00 ptg

"Semua warga PSP dan penduduk setempat dijemput hadir"

Friday, May 6, 2011

ketagihan PHOTOSHOP

entry ni sekadar melepaskan rindu yang teramat dengan PHOTOSHOP...kahkahkah


PHOTOSHOP ni kadang-kadang kalau lama tak gunapakai...boleh terkena ketagihan ooo...betul tak?
...hanya baiduri jauhari yang mengenal manikam

Thursday, February 24, 2011

inilah hasilnya : kursus PENULISAN BLOG | PSP

selama 2 hari Pakku dijemput untuk memberi tujhuk ajar bagaimana menghasilkan blog. Sebenarnya Pakku tidaklah pandai dalam dunia Blogger ni. cumanya, sekadar ingin berkongsi.
sambutan yang diberikan oleh warga PSP sangat memberangsangkan sehingga En NIZAM terpaksa hadkan jumlah penyertaan.
dan hasilnya, sama-sama lihat di bawah ni



kursus PENULISAN BLOG | PSP

Thursday, February 17, 2011

AWAT walid tak update BLOG?


awat walid tak update blog?
(atau dalam bahasa Melayu baku: kenapa walid tidak kemaskini blog?)

-[ pakku ]-. Get yours at bighugelabs.com

twitter

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Live Traffic Feed

widgets

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP