Wednesday, October 13, 2010

tips PHOTOSHOP | DUALview image editing


kadang-kadang, semasa kita membuat "touch-up" gambar dalam photoshop, kita menghadapi kesukaran untuk zoom-in dan zoom-out pada satu-satu bahagian dalam gambar yang sedang disunting. Masalah ini menjadi semakin ketara semasa kita membuat suntingan yang MELAMPAU...(MELAMPAU dalam erti kata suntingan yang dilakukan adalah pada bahagian-bahagian kecil dan begitu ketara perbezaannya di antara sebelum dan selepas suntingan). Contohnya menghilangkan parut pada muka atau menukarkan warna anak mata dari hitam ke hijau dan sebagainya.
Kebiasaannya, kita akan zoom-in semasa membuat suntingan dan zoom-out atau "fit on screen view" untuk melihat seketika hasilnya dan zoom-in semula untuk melakukan semula suntingan...betul tak?
Terfikirkah kita untuk melihat hasil suntingan (100% view) dan pada masa yang sama suntingan sedang dilakukan pada bahagian tertentu gambar? rujuk gambar utama di atas untuk lebih jelas.

Tips kali ini pakku akan tunjukkan cara untuk menggunakan tetingkap yang berbeza untuk imej yang sama.

Langkah SATU:
buka imej yang ingin disunting

Langkah DUA:
pergi ke Window>Arrange>New Window for DSC_0304.JPG (DSC_0304.JPG adalah nama fail gambar yang pakku sedang gunakan). Anda sebenarnya sudah mempunyai dua tetingkap yang berbeza untuk imej yang sama. walaubagaimanapun, kedua-dua tetingkap tersebut tidak dipaparkan serentak.














Langkah TIGA:
pergi ke Application Bar yang paling atas, klik Arrange Documents dan pilih 2-UP. Tujuan saya pilih 2-UP adalah supaya kedua-dua tetingkap tersebut dipaparkan bersebelahan. bagi versi lama, pergi ke Windows>Arrange>Tile.

Langkah EMPAT:
ubah saiz paparan pada kedua-dua tetingkap supaya kita dapat lihat kesan imej yang sedang disunting. Pakku cadangkan tetingkap imej asal dipaparkan hampir keseluruhan gambar, manakala tetingkap yang kita gunakan sebagai suntingan bebas untuk kita ubah saiz paparannya.
















Langkah LIMA:
mulakan kerja-kerja suntingan seperti yang anda inginkan. Selamat mencuba!

hasil yang pakku sempat buat

pesanan penaja:
+tips ini selamat untuk digunakan pada kebanyakan versi Adobe Photoshop (pakku guna versi CS4)
+jangan amalkan tips ini kalau paparan komputer anda kecil kerana tips ini akan bertambah menyusahkan kita...kalau nak rasa cubalah guna netbook...hehehe

0 comments:

-[ pakku ]-. Get yours at bighugelabs.com

twitter

Subscribe via email

Enter your email address:

Delivered by FeedBurner

Live Traffic Feed

widgets

  © Free Blogger Templates 'Photoblog II' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP