PB vs PA | FINAL exam
allahuakbar...allahuakbar...lailahaillahu al malikulquddus...(ringtone dari lagu Sami Yusof)
pelajar: hello, assalamualaikum encik
pendidik: waalaikumsalam warahmatullah..
pelajar: encik...pasai pa PB saya terok sangat? ujian 1 dan ujian 2 saya LULUS encik...
pendidik: ..abih tu, PB pakai markah ujian 1 dan ujian 2 saja ka?
pelajar: kawan saya ujian 1 dia FAIL...tp PB dia tinggi dari saya.
pendidik: berapa kawan awak dapat?
pelajar: dia dapat 80 tapi saya 76 ja encik
pendidik: awak tau tak..markah ujian tu hanya 30% daripada markah PB dan hanya 15% daripada keseluruhan markah yang diambil kira untuk subjek awak? tau tak?
pelajar: tak tau encik
pendidik: ...dah...dah lebih baik awak pi studi. markah PB rendah sikit pun nak komplen. yang tugasan tak mau nak hantaq...tak dak nak komplen pulak...assalamualaikum.
mungkin ramai yang pernah alami situasi begini. pakku pun tak terkecuali.
seingat pakku...masa pakku studi dulu, nak telefon pensyarah dan bertanya tentang PB pun rasa segan. sebabnya:
1. no telefon pensyarah pun tak pernah diwar-warkan oleh pensyarah
2. markah PB, kita sendiri yang sedia maklum...buat apa nak komplen
3. persedian FINAL EXAM adalah lebih penting dan kita lebih terarah untuk bertanya soalan-soalan yang boleh ditanya di dalam FINAL daripada bertanya markah PB yang rendah.
adakah zaman dah berubah...?
atau pelajar yang dah semakin matang...?
atau...sama-sama lah kita fikirkan...
note:
PB | Penilaian Berterusan pelajar untuk sepanjang semester
PA | Penilaian Akhir (final exam)
2 comments:
kemas hg la no...bagus la...PSP ada kosong ka?
alhamdulillah...balik kampung.
JKM banyak kosong Noq...tp...mekanikal tekstile la...
Post a Comment